Tuesday, 20 February 2018

Kursus Resipi Sajian Moden bersama Kolej Komuniti

 
 





Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato' Hj Talib Karim telah mengadakan Kursus Sajian Moden iaitu Kursus Membuat Lasagna bersama Kolej Komuniti Selandar pada 13 Februari 2018. Kursus ini melibatkan semua pelajar Pendidikan Khas, Kelas Pendidikan Khas SKM 1, SKM 2, KSSM 1 dan KSSM 2. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu membuat lasagna kepada pelajar Pendidikan Khas. Seterusnya diharap pelajar dapat mengaplikasikan ilmu ini di dalam kehidupan seharian mereka serta dapat menyediakan menu ini kepada keluarga masing-masing dengan jayanya.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

    


Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah yang telah diadakan pada 31 Januari 2018. Kejohanan melibatkan semua pelajar SMK Dato' Hj Talib Karim. Semua Pelajar Program Pendidikan Inklusif terlibat dengan kejohanan ini. Manakala seramai 4 orang pelajar kelas Pendidikan Khas juga telah menyertai kejohanan tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar!

Thursday, 14 August 2014

PEMILIHAN PETANQUE PERINGKAT ZON ALOR GAJAH

Pada 17 & 18 Jun 2014 telah diadakan sesi pemilihan peserta Petanque Pendidikan Khas Peringkat Zon Alor Gajah. Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato’ Haji Talib Karim telah menghantar beberapa orang pelajar bagi sesi pemilihan tersebut. Pada 17 Jun adalah sesi pemilihan peserta kategori bawah 19 dan 14 tahun. Manakala pada 18 Jun pula sesi pemilihan bagi ketegori pelajar bawah 12 tahun dan Sindrom Down.







KARNIVAL PERMAINAN FUTSAL & BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2014

Pada 25 & 26 Jun 2014 telah diadakan Pertandingan Karnival Permainan Futsal dan Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan diadakan di Kompleks Sukan Batu Berendam, Melaka. Zon Alor Gajah telah mendapat Johan bagi pertandingan Bola Jaring bawah 14 tahun dan mendapat tempat kedua bagi pertandingan bola jaring bawah 12 tahun. 







HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Pada 24 Jun 2014 telah diadakan Hari Kecemerlangan Kokurikulum di dewan sekolah. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberi kepada pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dari peringkat kawasan sehingga ke peringkat negeri. PPKI SMKDHTK juga telah mendapat anugerah tersebut kerana telah menjadi Johan Pertandingan Bowling Pendidikan Khas peringkat zon Alor Gajah. 5 orang pelajar telah menerima anugerah tersebut. Manakala seorang pelajar telah mendapat anugerah kerana kecemerlangan dalam acara olahraga. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.






MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Pada 21 Jun 2014 SMK Dato’ Haji Talib telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang di Dewan Sekolah. 3 orang Pelajar PPKI SMK Dato’ Haji Talib Karim juga telah menerima anugerah kecemerlangan tersebut. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang mendapat tempat pertama di dalam kelas masing-masing. Bagi Kelas Amanah, pelajar yang mendapat tempat pertama adalah adik Muhamad Irwan bin Anuar. Bagi Kelas Bijak, tempat pertama adalah adik Muhammad Nurrasul bin Adi Sazlizan. Manakala bagi Kelas Cerdik, pelajar yang mendapat tempat pertama adalah adik Muhammad Amiruddin bin Noordin. 




PROGRAM KEMBARA SEMARAK ILMU KE KUALA TERENGGANU

Pada 20 hingga 22 Mei 2014, Pendidikan Khas SMKDHTK telah mengadakan Program Kembara Semarak Ilmu ke Kuala Terengganu. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di sekolah lain di samping meningkatkan interaksi sosial  di kalangan murid Pendidikan Khas. Beberapa lokasi yang menarik telah dilawati. Antaranya Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam serta Masjid Terapung. Selain itu, pelajar juga diberi peluang untuk berbelanja di Pasar Payang dengan bimbingan guru. Di sana juga telah diadakan majlis sambutan hari lahir pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMKDHTK.