Sejarah

SEJARAH PENUBUHAN

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato’ Haji Talib Karim ditubuhkan pada Januari 2006 dengan hanya 4 orang murid dan 2 orang guru serta seorang PPM. Pada Jun 2006, murid PPKI bertambah seramai 6 orang. Penyelaras pada ketika itu telah dibantu oleh seorang guru sandaran tidak terlatih sehingga Disember 2006. Pada awal 2007, PPKI telah menerima 2 orang guru lagi.
Sehingga tahun 2014, pelajar pendidikan khas telah bertambah seramai 33 orang murid, 5 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid.