KELAYAKAN PERMOHONAN KE PPKI



KELAYAKAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS

Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, muird atau pelajar dengan berkeperluan khas yang boleh dididik adalah layak menghadiri Program Pendidikan Khas kecuali murid atau pelajar berikut:
  1. Murid atau pelajar yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid atau pelajar biasa.
  2. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau terencat akal yang berat.
Seseorang murid atau pelajar dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada Pengamal Perubatan, Pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan Pegawai daripada Kebajikan Masyarakat.


LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN

Langkah 1 : Pemohonan Pendaftaran - Permohonan boleh dibuat secara terus oleh individu orang kurang upaya atau melalui keluarga, agensi, surat, faks dan e-mel ke Kementerian Pelajaran Daerah/Bahagian/Jajahan/Negeri.*Pemohon mesti telah didaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai orang kurang upaya dan disahkan oleh doktor kerajaan.

Langkah 2 : Siasatan Kes - JKM menjalankan temuduga dan siasatan kes pemohon. *Bagi pemohonan kemasukan ke institusi: dapatkan pemeriksaan / pengesahan doktor. *Bagi pemohonan alat tiruan: dapatkan sebut harga alat tiruan.

Langkah 3 : Keputusan Pemohonan – Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan keputusan berjaya / tidak kepada keluarga bagi permohonan bantuan, geran pelajaran, Elaun Pekerja Cacat, bantuan alat tiruan dan permohonan ke institusi.

Langkah Selanjutnya : Tindakan pihak keluarga dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN: Warganegara Malaysia; Telah disahkan/diperakui oleh Pegawai/Pakar Perubatan hospital kerajaan; Menggunakan borang yang betul; Pendaftaran dijalankan di Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Negeri OKU bermastautin; Memiliki nombor pendaftaran OKU