Pada 17 & 18 Jun 2014 telah diadakan sesi pemilihan peserta Petanque
Pendidikan Khas Peringkat Zon Alor Gajah. Program Pendidikan Khas Integrasi SMK
Dato’ Haji Talib Karim telah menghantar beberapa orang pelajar bagi sesi
pemilihan tersebut. Pada 17 Jun adalah sesi pemilihan peserta kategori bawah 19
dan 14 tahun. Manakala pada 18 Jun pula sesi pemilihan bagi ketegori pelajar
bawah 12 tahun dan Sindrom Down.
Khamis, 14 Ogos 2014
KARNIVAL PERMAINAN FUTSAL & BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2014
Pada 25 & 26 Jun 2014 telah diadakan Pertandingan Karnival Permainan
Futsal dan Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan
diadakan di Kompleks Sukan Batu Berendam, Melaka. Zon Alor Gajah telah mendapat
Johan bagi pertandingan Bola Jaring bawah 14 tahun dan mendapat tempat kedua
bagi pertandingan bola jaring bawah 12 tahun.
HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
Pada 24 Jun 2014 telah diadakan Hari Kecemerlangan Kokurikulum di dewan
sekolah. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberi kepada pelajar yang telah
mengharumkan nama sekolah dari peringkat kawasan sehingga ke peringkat negeri.
PPKI SMKDHTK juga telah mendapat anugerah tersebut kerana telah menjadi Johan
Pertandingan Bowling Pendidikan Khas peringkat zon Alor Gajah. 5 orang pelajar
telah menerima anugerah tersebut. Manakala seorang pelajar telah mendapat anugerah
kerana kecemerlangan dalam acara olahraga. Tahniah diucapkan kepada mereka yang
berjaya.
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
Pada 21 Jun 2014 SMK Dato’ Haji Talib telah mengadakan Majlis
Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang di Dewan Sekolah. 3 orang Pelajar PPKI
SMK Dato’ Haji Talib Karim juga telah menerima anugerah kecemerlangan tersebut.
Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang mendapat tempat pertama di dalam
kelas masing-masing. Bagi Kelas Amanah, pelajar yang mendapat tempat pertama
adalah adik Muhamad Irwan bin Anuar. Bagi Kelas Bijak, tempat pertama adalah
adik Muhammad Nurrasul bin Adi Sazlizan. Manakala bagi Kelas Cerdik, pelajar
yang mendapat tempat pertama adalah adik Muhammad Amiruddin bin Noordin.
PROGRAM KEMBARA SEMARAK ILMU KE KUALA TERENGGANU
Pada 20 hingga 22 Mei 2014, Pendidikan Khas SMKDHTK telah mengadakan
Program Kembara Semarak Ilmu ke Kuala Terengganu. Program ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di sekolah lain
di samping meningkatkan interaksi sosial
di kalangan murid Pendidikan Khas. Beberapa lokasi yang menarik telah
dilawati. Antaranya Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam serta Masjid
Terapung. Selain itu, pelajar juga diberi peluang untuk berbelanja di Pasar
Payang dengan bimbingan guru. Di sana juga telah diadakan majlis sambutan hari
lahir pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMKDHTK.
PERKHEMAHAN PERDANA PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA
Pada 28 hingga 30 April 2014 telah diadakan Perkhemahan Perdana
Pengakap Pendidikan Khas yang bertempat di Ayer Keroh, Melaka. PPPKI SMK Dato’
Haji Talib Karim telah menghantar 2 orang pelajar dalam aktiviti tersebut.
Perkhemahan ini melibatkan semua program Pendidikan Khas seluruh negeri Melaka.
Ia dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas Melaka iaitu Tn Hj. Mohd Nor
bin Haji Abu.
KURSUS SEMI FERRO (MEMBUAT STEPPING STONE)
Pada 28 hingga 30 April 2014 telah diadakan Kursus Semi Ferro (membuat Stepping
Stone) di Kolej Komuniti. Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK
Dato’ Haji Talib Karim terlibat dengan kursus tersebut. Kursus selama tiga hari
bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 Petang. Di dalam kursus ini, pelajar diajar
cara untuk membuat stepping stone. Hari pertama pelajar diberi peluang untuk
mereka corak mereka sendiri secara bebas. Hari kedua mereka diajar menggunakan acuan berbentuk
daun. Manakala pada hari ketiga mereka diajar menghasilkan stepping stone
menggunakan batu-batu kecil.
KURSUS MEMBUAT CUP CAKE
12 Mac 2014 telah diadakan Kursus Masakan (membuat Cup
Cake) juga di Kolej Komuniti. Semua pelajar PPPKI SMK Dato’ Haji Talib Karim
terlibat dengan kursus tersebut. Kursus ini juga diadakan selama satu hari
bermula jam 8.30 pagi hingg 1.30 Petang. Di dalam kursus ini pelajar diajar
cara menghasilkan cup cake serta membuat hiasan pada kek tersebut. Pelajar
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang guru
pembimbing. Pelajar diberi peluang untuk menghasilkan cup cake mereka sendiri.
Setelah itu, mereka perlu menghias cup cake mereka menggunakan kreativiti
mereka sendiri.
KURSUS MASAKAN (MEMBUAT TART CHEESE)
11 Mac 2014 telah diadakan Kursus Masakan iaitu membuat Tart Cheese di Kolej
Komuniti. Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato’ Haji Talib
Karim terlibat dengan kursus tersebut. Kursus selama satu hari bermula jam 8.30
pagi hingga 1.30 Petang. Di dalam kursus ini, pelajar diajar cara untuk membuat
kulit tart, intinya serta feeling tart tersebut.pelajar diberi peluang untuk
mereka sendiri tart masing-masing mengikut kreativiti mereka sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)