Khamis, 14 Ogos 2014

KURSUS SEMI FERRO (MEMBUAT STEPPING STONE)


Pada 28 hingga 30 April 2014 telah diadakan Kursus Semi Ferro (membuat Stepping Stone) di Kolej Komuniti. Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato’ Haji Talib Karim terlibat dengan kursus tersebut. Kursus selama tiga hari bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 Petang. Di dalam kursus ini, pelajar diajar cara untuk membuat stepping stone. Hari pertama pelajar diberi peluang untuk mereka corak mereka sendiri secara bebas. Hari kedua  mereka diajar menggunakan acuan berbentuk daun. Manakala pada hari ketiga mereka diajar menghasilkan stepping stone menggunakan batu-batu kecil.











KURSUS MEMBUAT CUP CAKE

12 Mac 2014 telah diadakan Kursus Masakan (membuat Cup Cake) juga di Kolej Komuniti. Semua pelajar PPPKI SMK Dato’ Haji Talib Karim terlibat dengan kursus tersebut. Kursus ini juga diadakan selama satu hari bermula jam 8.30 pagi hingg 1.30 Petang. Di dalam kursus ini pelajar diajar cara menghasilkan cup cake serta membuat hiasan pada kek tersebut. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang guru pembimbing. Pelajar diberi peluang untuk menghasilkan cup cake mereka sendiri. Setelah itu, mereka perlu menghias cup cake mereka menggunakan kreativiti mereka sendiri. 









KURSUS MASAKAN (MEMBUAT TART CHEESE)

11 Mac 2014 telah diadakan Kursus Masakan iaitu membuat Tart Cheese di Kolej Komuniti. Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato’ Haji Talib Karim terlibat dengan kursus tersebut. Kursus selama satu hari bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 Petang. Di dalam kursus ini, pelajar diajar cara untuk membuat kulit tart, intinya serta feeling tart tersebut.pelajar diberi peluang untuk mereka sendiri tart masing-masing mengikut kreativiti mereka sendiri.










Ahad, 18 Mei 2014

KURSUS ASAS KOMPUTER (4-6 MAC 2014)

Pada 4, 5 dan 6 Mac 2014 Pendidikan Khas SMK Dato’ Haji Talib Karim telah mengadakan Kursus Asas Komputer di Kolej Komuniti Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka. Kursus ini melibatkan semua pelajar Pendidikan Khas kecuali pelajar dalam program inklusif. Pelajar dibahagikan kepada  beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru atau Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkara-perkara asas pengenalan serta penggunaan komputer.











Khamis, 20 Februari 2014

PROGRAM CERGAS CERIA BOLING (29 JANUARI 2014)

Program Cergas Ceria (Boling) Peringkat Sekolah telah diadakan pada 29 Januari 2014 bertempat di Melaka International Bowling Centre, MITC Ayer Keroh. Semua pelajar Pendidikan Khas SMK Dato’ Hj Talib Karim telah menyertai program pertandingan tersebut.
Pelajar telah diberikan kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang guru pembimbing. Markah dikira secara individu.
Pelajar yang mendapat markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang dan diberikan hadiah. Hadiah disampaikan oleh En. Hasrim selaku setiausaha Kokurikulum Pendidikan Khas.

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

Sambutan Maulidurrasul Peringkat sekolah telah diadakan pada 24 Januari yang lepas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Majlis bacaan yassin, Ceramah Maulidurrasul, Perarakan mengikut badan beruniform, Kuiz dan Pertandingan Mambina Sepanduk. Pengakap Istimewa telah mendapat hadiah bagi kategori khas yang dipertandingkan.