Pada 21 Jun 2014 SMK Dato’ Haji Talib telah mengadakan Majlis
Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang di Dewan Sekolah. 3 orang Pelajar PPKI
SMK Dato’ Haji Talib Karim juga telah menerima anugerah kecemerlangan tersebut.
Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang mendapat tempat pertama di dalam
kelas masing-masing. Bagi Kelas Amanah, pelajar yang mendapat tempat pertama
adalah adik Muhamad Irwan bin Anuar. Bagi Kelas Bijak, tempat pertama adalah
adik Muhammad Nurrasul bin Adi Sazlizan. Manakala bagi Kelas Cerdik, pelajar
yang mendapat tempat pertama adalah adik Muhammad Amiruddin bin Noordin.
Khamis, 14 Ogos 2014
PROGRAM KEMBARA SEMARAK ILMU KE KUALA TERENGGANU
Pada 20 hingga 22 Mei 2014, Pendidikan Khas SMKDHTK telah mengadakan
Program Kembara Semarak Ilmu ke Kuala Terengganu. Program ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di sekolah lain
di samping meningkatkan interaksi sosial
di kalangan murid Pendidikan Khas. Beberapa lokasi yang menarik telah
dilawati. Antaranya Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam serta Masjid
Terapung. Selain itu, pelajar juga diberi peluang untuk berbelanja di Pasar
Payang dengan bimbingan guru. Di sana juga telah diadakan majlis sambutan hari
lahir pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMKDHTK.
PERKHEMAHAN PERDANA PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA
Pada 28 hingga 30 April 2014 telah diadakan Perkhemahan Perdana
Pengakap Pendidikan Khas yang bertempat di Ayer Keroh, Melaka. PPPKI SMK Dato’
Haji Talib Karim telah menghantar 2 orang pelajar dalam aktiviti tersebut.
Perkhemahan ini melibatkan semua program Pendidikan Khas seluruh negeri Melaka.
Ia dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas Melaka iaitu Tn Hj. Mohd Nor
bin Haji Abu.
KURSUS SEMI FERRO (MEMBUAT STEPPING STONE)
Pada 28 hingga 30 April 2014 telah diadakan Kursus Semi Ferro (membuat Stepping
Stone) di Kolej Komuniti. Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK
Dato’ Haji Talib Karim terlibat dengan kursus tersebut. Kursus selama tiga hari
bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 Petang. Di dalam kursus ini, pelajar diajar
cara untuk membuat stepping stone. Hari pertama pelajar diberi peluang untuk
mereka corak mereka sendiri secara bebas. Hari kedua mereka diajar menggunakan acuan berbentuk
daun. Manakala pada hari ketiga mereka diajar menghasilkan stepping stone
menggunakan batu-batu kecil.
KURSUS MEMBUAT CUP CAKE
12 Mac 2014 telah diadakan Kursus Masakan (membuat Cup
Cake) juga di Kolej Komuniti. Semua pelajar PPPKI SMK Dato’ Haji Talib Karim
terlibat dengan kursus tersebut. Kursus ini juga diadakan selama satu hari
bermula jam 8.30 pagi hingg 1.30 Petang. Di dalam kursus ini pelajar diajar
cara menghasilkan cup cake serta membuat hiasan pada kek tersebut. Pelajar
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang guru
pembimbing. Pelajar diberi peluang untuk menghasilkan cup cake mereka sendiri.
Setelah itu, mereka perlu menghias cup cake mereka menggunakan kreativiti
mereka sendiri.
KURSUS MASAKAN (MEMBUAT TART CHEESE)
11 Mac 2014 telah diadakan Kursus Masakan iaitu membuat Tart Cheese di Kolej
Komuniti. Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato’ Haji Talib
Karim terlibat dengan kursus tersebut. Kursus selama satu hari bermula jam 8.30
pagi hingga 1.30 Petang. Di dalam kursus ini, pelajar diajar cara untuk membuat
kulit tart, intinya serta feeling tart tersebut.pelajar diberi peluang untuk
mereka sendiri tart masing-masing mengikut kreativiti mereka sendiri.
Ahad, 18 Mei 2014
KURSUS ASAS KOMPUTER (4-6 MAC 2014)
Pada 4, 5 dan 6 Mac 2014 Pendidikan Khas SMK Dato’ Haji Talib Karim telah mengadakan
Kursus Asas Komputer di Kolej Komuniti Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka. Kursus
ini melibatkan semua pelajar Pendidikan Khas kecuali pelajar dalam program
inklusif. Pelajar dibahagikan kepada
beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru atau
Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar
tentang perkara-perkara asas pengenalan serta penggunaan komputer.
Langgan:
Catatan (Atom)















































